Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran....

Aku tak percaya cepat masa berlalu. Sekejap je habis bulan ramadhan.. Aku semalam (1 syawal ) makan dengan banyak giler.... Masih terngiang-ngiang di gusi daging rendang dinding Tok Ngah aku buat... Sedap giler.. Aku nasihatkan kat korang, jgn mkn sampai tak ingt dunia... biasanya sehari orang mkn 3-4 kali.. Tapi hari raya mesti ada 10 kali korang mkn sehari... Sama ar mcm aku...hek hek.......


Selamat Hari Raya semua...kat sini aku ada pantun ...

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Sumber Pantun: Selekta

 Pengembara jalanan.......